Tuesday, June 28, 2011

Do you think American rasist?

Ni video yg wajar kite tonton..mungkin ada pengajaran yg dapat kite perolehi..

P/S: make sure u understand american accent..hehehe..xde subtitle wokey..

Monday, June 27, 2011

Teknik mengelak dilanggar Keretapi

Apsal la aku rasa malas gile hari isnin ni..Monday Blues x sudah lagi kot?

After aku berjaya buang masa setangah hari, aku jumpa la 1 video ni..dia ajar teknik nak mengelakkan diri daripada digilis oleh Keretapi..jom layan..


Thursday, June 23, 2011

Angry Birds via PC

Aku layan game Angry Birds beb sekarang..baru Level 10 dah rasa susah gile..hampeh betol..

Jom tgk video ape asal usul game Angry Birds nih..

P/S: Buat mengisi masa lapang ketika xde keje sangat kat site..hehe

Wednesday, June 22, 2011

NORA ELENA TV3 menipu?

Aku nak share sikit la pasal movie NORA ELENA yang femes gile kat TV3..dalam banyak2 orang yang menghantui dan always menunggu drama ni ke udara, masih ada insan yang membantah penayangan drama NORA ELENA..
Nora Elena dan Seth Tan

Berikut adalah surat yg di post ke TV3 (xtau sejauh mana kebenaran nya)..jom kite baca mengapa, kenapa dan bagaimana?zaaassssss.......

Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??
Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”
“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.
Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.

Tuesday, June 14, 2011

Bina Rumah untuk manusia.

Since all the site work and my paperwork untuk hari ni dah siap, so aku pon nak merajinkan diri menaip kisah untuk hari ni..makin rajin nampaknya abg inginiur kita memenuhi isi2 blog beliau..ahaks..

Ape agaknye bahan yang best untuk dikongsi? Ermmmm....Ape kata kalo aku share kat korang gamba projek aku yg dah almost sampai ke penghujungnya..hopefully end of this year siap..pastu bole dapat bonus..muahaha..(macam x iklas je keje kan).

So far sebahagian daripada projek aku ni dah siap dengan cat..so bole la nampak rupa..projek yg aku buat ni meliputi 508 unit pangsapuri dengan 2 blok bangunan setinggi 16 tingkat..jenuh nak jaga kualiti setiap rumah2 pembeli ni..tapi bak kata orang, kerja yang iklas, PAHALA adalah balasannya..ALHAMDULILLAH..

So layan je la gambar yang aku sempat tepekkan kat bawah ni..sesiapa berminat mendapatkan nasihat tentang bidang Construction ni, bole la drop je kat ruangan komen tu wokey..

BLOCK A
BLOCK B
KITCHEN CABINET
BEDROOM - TIMBER FLOORING
LIVING ROOM
P/S: Hopefully planning aku untuk memiliki sebuah Kondominium kat Cheras sebelum hujung tahun 2011 tercapai..Dalam proses bank luluskan loan..amin..

Monday, June 13, 2011

Kisah menyayat hati insan bernama JIMMY..

Kisah ni aku amik daripada sebuah blog..aku ada rasa tanggungjawab untuk kongsikan kisah ni supaya rakan2 semua mendapat pengajaran..jom kite baca lebih lanjut kisah yang menyayat jiwa insan bernama JIMMY..

Jimmy dan isteri



INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. 

Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. 

Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada 

Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

P/S: Ya Allah..semoga aku dilindungi daripada kejadian yang menimpa saudara Jimmy..Amin..

Know Women from Zodiac!

Entry kali ni aku buat KHAS untuk pembaca2 wanita yang rajin melayari blog aku..Buat jejaka diluar sana, x salah jugak kalo nak amik tahu pasal zodiak ni..almaklumla nak tau serba sedikit tentang girlfriend ke..kakak..adik..mak..mak sedara..nenek..mak nyah...hahaha..aawwww....

Korang enjoy je la baca description kat bawah ni..sekadar hiburan je ye..xde kaitan dengan yang dah K.O ataupon masih sehat walafiat..hehe..

Wanita Api


WANITA API  
Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius (23 November-21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin

* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


Wanita Tanah

WANITA TANAH  
Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


Wanita Angin

WANITA ANGIN
Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. 

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. 

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. 

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. 

*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. 

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Wanita Air

WANITA AIR
Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.

Friday, June 10, 2011

Kereta mewah yang ditenggelami banjir di Singapura!

After selesai solat Jumaat hari ni, aku rajin pulak nak blogwalking..usha2 blog orang sambil menambah ilmu didada..hehe..pembelajaran tu kan sepanjang hayat iye x?ahaks..

So bile aku lawat 1 blog ni, aku jumpa artikel menarik..about luxury cars yang ditenggelami air hujan kat kawasan basement parking..

Ferrari & Lamboghini


Pergh...!!! Pasrah gile aku kalo jadi camni beb..Harga sebiji bukan murah2..Kalo jadi camni kat Proton Silver Worrior aku, meraung jugak..

2 hari lepas aku pegi servis kete, baru je kene tukar bateri (RM329) dah meraung2...hahaha...

So ni aku tempek lagi la a few pic untuk korang nilaikan sendiri yang alam sekeliling kita ni tak lagi stabil..hujan lebat..panas melampau...ribut taufan..macam2..dunia akhir zaman..
Bentley & BMW pon ada?


Audi

P/S: Dapat Audi tu pon dah cukup da untuk jadi peneman aku ke pasar..keh..keh..keh..

Thursday, June 9, 2011

KAWASAN SPEED TRAP YANG ANDA PERLU TAHU..

Kat sini aku nak share lokasi2 strategik yang telah pon diletakkan camera bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi halaju yang dibenarkan..

Nampaknye Nissan Fairlady aku tu simpan kat garaj je la..x bole dah nak test power..huhu..  (Angan2 kene lebat sket).

PLUS Highway

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
...3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

Kereta mahal tak kan nak bawak slow2 ye x?

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

Akibat bawak laju sangat...

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

P/S: So far paling laju pon baru lenjan 160KM/J kat LEKAS Highway..huhu..

Sumber: FB PPEOC

Wednesday, June 8, 2011

Salah beli TGV ticket X-Men!

Igauan ngeri bermula..

Hai2..pada sesiapa yang rajin membelek page FB aku semalam, mesti perasan yang waktu petang tu aku post someting..pasal kebangangan diri yg telah tesilap membeli tiket wayang..huhu..

Alkisahnya aku nak tengok X-Men (1st Class)...movie baru tu..biasanya kalo nak tengok movie, aku akan beli on9 je..senang nak cek seat availability..lagipon xyah nak beratur kat kaunter..

So, of course la pilihan pawagam aku samada TGV or GSC..since TGV lagi dekat dengan rumah..ditambah dengan suasana yg lebih sejahtera, dengan bangganya aku memilih TGV Mines sebagai destinasi menonton wayang..yeay..(aku rasa sebulan koman2 ada kot 3 movie aku layan)...

Aku pon bukak la website TGV Online ni ha..pergh..tgh banyak lagi seat kosong..tercabar mak bile tengok harga tike Box Office dijual RM7 sahaja! Tanpa membuang masa yg memang telah banyak terbuang ni, aku pon beli je la 2 tickets..nak tengok ngan Fiancee kot..keh..keh.. jangan jeles yer..

Normally lepas dah beli, depa akan send 1 emel notification yg ada include Booking No..aku pon dengan semangat waja terus je forward emel tu kat buah hati..

Sedang syok2 packing barang nak balik keje (nak kejar movie showtime)...my fiancee gtalk kat aku..dia cakap,apsal beli tiket KIDS??

Lahabau betol..patut la murah tiket TGV ni..aku beli yg KIDS punye..wakaka..so camne nak menonton??

Terpaksalah beli semula tiket yg berharga RM10..tapi berbaloi la bayar mahal untuk movie yg best macam X-MEN ni!

P/S: berhati2 apabila membuat sesuatu..jangan biarkan diri anda dibuai keindahan je..akibatnye, merana diri..

You spoil my MOOD!huhu..

Monday, June 6, 2011

Apa salah saya cik??

 
Apabila polis trafik mendekati moto anda tatkala lampu merah dipersimpangan, anda pasti gelisah..

Abg Trafik: Dik, Bank Muamalat kat mana?
Aku : Tak sure la bang..

Haha..saiko je kan?mentang2 tali helmet aku xleh ikat..wakaka..
Kesimpulannya org bersalah tidak akan pernah aman..renung2kan dan selamat beramal..
Kalo polis camni yang tahan xpe je..haha
 

Wednesday, June 1, 2011

I'm Engaged!

Hai2 semua..lama sungguh x update..mesti pengikut setia semua dok tanye2 mana la abg inginiur kite ni menghilang..sejak eksiden aritu senyap je..TRAUMA kot?haha..

Bukan xnak update..hari2 aku bukak page blog ni..tapi xtau la nape malas nak menaip..so kebetulan lunch hour kat opis ni, so nak update sket la..bukan stakat update blog je..wa dah update STATUS beb!

Ape la ko ni tipah..bunyi cam havoc je..

Tanggal 22 May 2011 yg lepas, aku akhirnya dah pon bertunang dengan pilihan hati.. Kat bawah ni kang aku ada tepek sket gamba2 yang sempat snap..gamba x amik banyak sangat..almaklum la..kalo letak byk2 kang, jadi x ekslusif plak..(bajet artis pulak)..huhuhu..

Ok lah..layan je la photo2 yg ada tu..wa nak makan kacang jap..hehe..

Family Photos..

Antara Hantaran yg terlibat..




Blueberry kek..bukan Blackberry yer..




Segak la abg dan kakak ni..huhu..

Biru cyan vs Yellow peach.