Friday, September 24, 2010

Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul

PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.


Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.


Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Friday, September 17, 2010

Beraya dengan Blackberry Curve

Belom terlewat rasanya kalo nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA..kalo dah nama pon raya memang x sempat nak update blog ni..bukan setakat nak update,blog ni pon aku x penah teringat time raya..hahaha..

Duit raya..budaya sedekah rakyat Malaysia..
So macam mana raya anda semua?mesti ada yg cakap best..ada jugak yg cakap raya dah x best..tapi ada kebenarannye jugak...dah dewasa ni raya x berapa seronok sangat...antara faktor2 dia sebab kite yg dah keje ni akan mengeringkan kocek seluar untuk memberi duit raya..hahaha..

Kalo masa budak2 dulu memang tebal je la poket dapat kumpul duit raya kan..pastu mula la beli macam2...jam la..topup la...kalo duit raya melampau banyaknya, bole beli handset plak..hehehe..

Macam2 corak sampul ada..last2 semua kene buang..hanya duitnye yg disimpan..haha..
Cakap pasal handset ni, nak story plak pasal handset raya..dah lama aku memikirkan ape la gajet yg aku nak beli..rasa x puas hati plak  kalo xde harta..dari target nak tuka rim kereta, nak pasang accessori la..ape laa...last2 aku beli hp je..BlackBerry Curve...

Yg kaler putih GF aku pakai...akunye yg hitam..tapi bukan T-Mobile keh..gambar sekadar hiasan..
Memang terbaek!leh msg2 free sesuka hati aku..asalnya aku nak beli Nokia E72 je..tapi setelah GF aku sendiri pon amik BB Curve, aku pon terpengaruh sama..hahaha..

Kepada peminat2 Blackberry, teruskan sokongan anda kerana smartphone ni memang berbaloi2..
My Curve

Tuesday, September 7, 2010

Hamper raya 2010.

Salam semua..belom terlambat nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut HARI RAYA yang bakal menjelma tak lama lagi ni..

Mesti semua orang dah terbayang2 nak raya je kan..kalo ada yang masih bekerja tu pon, hati ntah kemana terbangnye..bukan lagi nak buat keje..tapi lebih memikirkan nak bercuti kat rumah masing2...

Nampak sangat merosot sikit produktiviti time2 nak raya ni..huahua..


Hamper aku lebih besar daripada saiz kerusi..hehe
Pape pon aku nak share aku punya hamper raya tahun ni..sumbangan sub-contractor aku..
Thanks diucapkan kepada Mr Andreas...


Walaupon ada hamper, besi2 ngan kayu ko aku tetap cek mengikut spec yg ditetapkan wokeh!haha...ok lah..salam Ramadhan semua!

Kalo nak sumbat budak2 pon muat nih..

Monday, September 6, 2010

Cara pemanduan jimatkan petrol


Memandu dengan tenang – Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.


Berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus).


Tayar – Tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus.


Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.


Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).


Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.



Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.


Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.


Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.


Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.


Kalau kawan saya membaca petua ini, cuba-cubalah mengamalkannya. Begitu juga dengan pembaca. Memang nanti akan ada orang kata ‘cakap bolehlah’. Bagaimanapun terpulanglah, tepuk dada tanya selera.

Jika anda hendak menjimatkan penggunaan minyak, cubalah dulu petua ini. Saya sudah mencuba, memang susah, tetapi apabila pemanduan berhemah dijadikan tabiat, hasilnya berbaloi!

Saturday, September 4, 2010

Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan


AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.


Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.