Saturday, May 14, 2011

Aku yang eksiden dan kePASRAHan...

Hujan renyai2..dah beberapa hari x hujan..nampaknya malam ni hujan..rahmat kepada KL sebab dilaporkan sekarang musim jerebu disebabkan pembakaran oleh negara jiran..

Hari khamis (12 May 2011)...lepas je abes meeting bersama client aku pon tersenyum riang..gembira sebab boleh lepak2...aku paling suka moment after meeting..syok sangat2..

Ape la nasib badan bila kegembiraan aku x panjang...dalam perjalanan pulang ke rumah lebih kurang jam 8pm, hujan masih belom reda..gerimisnya masih menerjah bumi..

Aku bersyukur sebab aku bawak kereta arini..so xde la aku basah dalam perjalanan nak balik..

BAaaNggg!!!!!!! 

Aduhai,..walaupon sempat aku brek emergency, namun memang dah tertulis dalam suratan takdir tanggal 12 may 2011 yg aku akan terlibat dalam pelanggaran...aduhai..apelah nasib tengah2 bulan camni..

Bumper kemik..bonet pon kemik jugak..paling x syok bile organ dalaman pon cedera..

Aku mmg dapat menjangka bahawa aku akan melanggar TEKSI tu..aku hanya sempat pejamkan mata dan kereta aku yg menggelongsor tu pon menghentam belakang Proton Waja merah tu...banggg!!...sekali lagi terngiang2 bunyi eksiden tu kat telinga aku..alhamdulillah aku selamat..cuma 2 biji kete ni je x selamat...huhuhu...



Selang beberapa minit kemudian, dah ada je mamat bengkel yg tiba nak offer masuk bengkel dorang..ahh,malas aku nak layan...pastu abang2 BESRAYA Highway pon datang dengan kereta peronda dorang..pon aku x layan..haha..nasib ko la..aku tengah susah hati, xde makna nak tengok kome der...

Thanks to my fiancee sebab help me during accident ni..

At the moment kete dalam bengkel..aku menjangkakan RM1700 akan dilaburkan utk kedua2 biji kete ni..sekali lagi aku PASRAH...bak kata orang WTH (What The Hensem) kini tidak lagi Hensem..huhu...

Tengok la dalam 2,3 hari lagi..pasti kete aku berwajah baru..yahuuu...!!

Friday, May 6, 2011

Happy Birthday to me!


5 May 2011..tarikh keramat...lahirnya kedunia seorang jejaka..hehe..sapo lak agak eh tu kan?  
Aku la..sape lagi... =)

Ape yg aku dapat this year? haa...ada sape2 nak bg iphone?aku nak terima ni..ahaks..

Btw, my lovely Hani ada bg special gift for me..which is Rose flower! 

I Love it so much...thanks dear..next year bagi lagi keh..hehe..

Balik rumah, aku dapat jugak kad ucapan..dibuat oleh sepupu aku Siti Aishah (10 years)..kebetulan besday kami jatuh hari yg sama...so ape lagi..kami pon exchange la adiah..

Ni ha kad yang sepupu aku bagi.. Comel wa cakap sama lu..hasil tangan sendiri pulak tu kan..


Sebelum tu aku nak riak sket la sebab aku dah ada jam baru..berjaya aku menambah koleksi jam aku..this time made by POLO...

boleh la aku ganti jam hari2 camni...tak tau la apasal aku dah minat pulak dengan jam2 ni..haha...


Ape pon besday kali memang teristimewa..maybe sebab last besday as a bachelor kot? Opppsss!!

Terlepas cakap pulak nyah! sebelum aku kene terjah, baik aku cabut dulu..salam..!

Wednesday, May 4, 2011

Teka Teki..just for fun..


Teka Teki teka tekuk...ular ape hisap rokok?

Drop jawapan anda kat ruangan komen dibawah..tq..

Tuesday, May 3, 2011

Cara Format Computer.


1.Bagaimana mahu memformat komputer riba (Format C) kerana komputer riba saya kini agak perlahan.

2.Bolehkah memori (RAM) komputer riba ditingkatkan kepada yang lebih tinggi? Jika boleh apakah cadangan Sembang ICT? Adakah ia akan menjejaskan komputer saya (atau rosak)? Saya menggunakan komputer riba dari jenama Acer Inspire.

Sekian terima kasih.
- ASH, Serdang.

SEBELUM menjawab persoalan pertama, anda perlu tahu bahawa sekiranya kita Format C pada cakera keras, segala data yang berada di dalamnya akan dibuang termasuk sistem pengoperasian Windows.
Jadi, selepas melakukan Format C, anda perlu memasang semula sistem pengoperasian Windows ke dalam komputer riba tersebut.

Pastikan anda membuat salinan data-data yang penting ke tempat lain sebelum melakukan Format C.
Anda boleh melakukan format kepada cakera keras ini sama ada ia pemacu C,D,E dan lain-lain menerusi sistem pengoperasian Windows atau menggunakan program komputer yang lain semasa but komputer dijalankan.

Bagi melaksanakan format ini menerusi Windows, ada dua cara iaitu melaksanakan baris arahan dengan menggunakan COMMAND PROMPT atau menggunakan program Windows sedia ada.

Bagi melaksanakan baris arahan, anda perlu pergi ke START > RUN, taip cmd pada ruangan kosong dan tekan ENTER atau pergi ke START > PROGRAMS > ACCESSORIES > COMMAND PROMPT.

Apabila sudah berada dalam program COMMAND PROMT ini, taipkan perkataan seperti yang berikut:
C:\format C:

Dalam sistem pengoperasian Windows juga terdapat program sedia ada yang boleh melakukan format C ini.
Antaranya adalah seperti berikut, pergi ke START. Klik kanan dan pilih EXPLORE. Seterusnya pergi ke MY COMPUTER. Pilih mana pemacu yang hendak diformat dan klik kanan. Pilih FORMAT. Ikut arahan yang seterusnya. Klik START.

Kebanyakan komputer riba pada masa kini mempunyai bahagian pada cakera keras yang dikenali sebagai Recovery Partition.

Ia dikhaskan untuk melaksanakan penyelenggaraan terhadap sistem pengoperasian Windows pada cakera keras yang bermasalah.

Jadi, anda boleh masuk ke dalam bahagian ini dengan menekan butang tertentu pada papan kekunci anda seperti F5 dan sebagainya mengikut kepada manual komputer riba yang digunakan seperti Acer.
Seterusnya, anda akan mempunyai pilihan untuk membuang, memformat, membuat bahagian pada cakera keras dan memasang sistem pengoperasian.

Anda boleh menggunakan CD atau DVD pemasangan Windows. Aktifkan dan masuk ke dalam CD atau DVD anda ketika but permulaan komputer. Seterusnya anda akan mempunyai pilihan seperti mana dalam Recovery Partion di atas.

Akhir sekali, boleh menggunakan mana-mana program komputer seperti Spin Rite, Disk Manager, Fdisk dan sebagainya dengan but menggunakan CD,DVD, Disket atau cakera Flash USB. Pastikan ia sesuai dan disokong oleh komputer riba anda.

Bagi persoalan kedua, memori RAM boleh dinaik taraf kapasitinya mengikut kemampuan sistem komputer riba anda. Penaikan taraf memori RAM yang baik dan betul berupaya meningkatkan prestasi komputer riba anda.
Sebelum membuat sebarang naik taraf memori RAM, beberapa perkara berkenaan perlu diketahui terlebih dahulu. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Kenal pasti jenis, kelajuan dan kapasiti memori RAM yang sedia ada dalam komputer riba anda.
  • Kena pasti modul dan bilangan slot memori yang ada dalam komputer riba dan berapa slot yang telah digunakan seperti SIMM, DIMM, SODIMM dan lain-lain.
  • Bagi kapasiti dan kelajuan memori RAM yang tinggi, pastikan komputer riba anda menyokong fungsi Error Corecting Code (ECC).
Bagi mengetahui berapa kapasiti memori RAM yang ada dalam sesebuah komputer, boleh taipkan dalam kotak dialog RUN, msinfo32 dan tekan ENTER atau cari program SYSTEM INFORMATION dalam Windows.

Jenis memori yang sama dan disokong oleh sistem komputer sedia ada sahaja yang dibenarkan di naik taraf seperti sama ada ia SD RAM, DDR, DDR2, DDR3 atau sebagainya. Begitu juga dengan kapasiti bagi setiap kepingan RAM seperti 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2GB, 4GB dan lain-lain, perlu dirancang mengikut keperluan dan sokongan oleh komputer riba anda.

Pastikan anda membuat pemasangan kepingan RAM kepada slot dengan cara yang betul dan berhati-hati.
Ini kerana ia boleh menyebabkan memori RAM rosak sekiranya tercalar dan sebagainya. Begitu juga dengan kelajuan bagi setiap kepingan RAM tersebut, sama kelajuannya di antara satu sama lain adalah antara cara yang terbaik.

Maklumat lanjut berkenaan dengan memori RAM, anda boleh layari laman web syarikat pengeluar komputer riba seperti Acer, Dell dan sebagainya atau laman web syarikat pengeluar memori RAM seperti Kingston di www.kingston.com, Crucial di www.crucial.com dan lain-lain.

Anda juga boleh ke laman web berikut, http://www.laptopmemoryupgrade.com.