Saturday, January 29, 2011

Angpow?

Gambar Hiasan je wokey..

Next week dah start nak cuti panjang..kepada mereka yang mempunyai bos cina, mungkin jugak la korang pon akan bercuti seminggu..macam aku..

Best tol bila memikirkan yang nak bercuti..dah lama xde amik cuti panjang2 gini..tapi so far aku x plan pape aktiviti lagi untuk cuti yang akan datang ni...maybe lepak kampung main game je kot?wakaka..

Malam tadi ada la jamuan/dinner Tahun Baru Cina..pihak kontraktor..Bumimetro Construction..saje menyebok..hadir as Guest Consultant..makan2..minum2..(bukan minuman yg memabokkan wokey)..dengar2 orang nyanyi2..ada yang sumbang..macam2 la..paling best semestinye LUCKY DRAW!!

Kalo korang nak tau, grand prize malam tadi ialah Apple IPad ngan LCD Tv 32"..pergh ...teruja abes..semua orang harap sangat la dapat memiliki IPad percuma tu kan..ye la, nak beli mana plak nak cekau duit..haha..

Tunggu punya tunggu, akhirnya dorang panggil la no 1029..yakni no lucky draw aku..yahuu...!!...
Akhirnye aku telah memenangi......

...Memenangi biskut Julie's..haha..Jadi lah kan..janji x balik dengan tangan kosong..Pastu dapat angpow (nilai dirahsiakan demi keselamatan diri)...cukup lah untuk disimpan je dalam ASB nanti..

OK lah..aku nak sambung main internet jap..chaloo dulu..Salam!

Saturday, January 22, 2011

Presiden Indonesia Susilo tidak naik gaji sejak 2004

JAKARTA 21 Jan. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini mendedahkan beliau tidak mendapat kenaikan gaji sejak mula menyandang jawatan itu pada 2004.

Beliau tidak mengumumkan nilai gajinya tetapi dipercayai sekitar 62 juta rupiah, bersamaan dengan RM20,990 sebulan atau kira-kira RM251,880 setahun.

“Inilah tahun ketujuh saya tidak menerima kenaikan gaji sebagai Presiden.
“Namun saya sengaja menolak kenaikan itu kerana saya mahu orang lain mendapat kenaikan gaji yang patut mereka terima,” kata Susilo pada mesyuarat dengan para pegawai kanan tentera dan polis.

Susilo yang dipilih untuk penggal kedua selama lima tahun pada 2009 berkata, kerajaannya sedang berusaha untuk memperbaiki kebajikan askar dan anggota polis.

Sesetengah anggota pasukan keselamatan diketahui terlibat dalam sindiket perlindungan dan kegiatan haram lain, dipercayai untuk menambah pendapatan.

Kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan awam dalam usaha untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan prestasi, tetapi pengkritik mendakwa rasuah masih berleluasa dalam sistem birokrasi negara ini.

Sumber : Utusan

Friday, January 21, 2011

Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012

RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.
Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. -

Sumber: BERNAMA

Tuesday, January 18, 2011

High Rise Building Construction

Entry kali ni aku nak cerita pasal site aku plak..agak2 dah sampai tingkat berapa?dulu aku penah upload gambar..masa tu tingkat berapa ntah..aku sendiri pon dah lupa..muahaha..

Nak dijadikan cerita sekarang ni bangunan yg kitorang bina ni dah capai level 14..berani ke korang naik tinggi2 camni? mencabar adrenalin darah korang..keh2..tapi bagi aku yg dah biasa, tak de dah la rasa gayat tuh...biasa je kan..hehe..so korang layan lah gamba2 tu keh..kot nak tanye pape atau nak komen, drop je wokey!

Block B..tu tingkat 14..nampak x dorang tengah konkrit tu?

Ni pon Block B jugak..projek semasa yg aku buat ni ada 2 blok..508 unit rumah..

Yg besi kuning tu tower crane namanye..guna untuk angkat barang2 yg berat..

Yang korang nampak dari jauh tu plak Block A..currently tingkat 13..just 1 floor behind Block B.

Another view of Block A..ada bran tangkap gambar dari sisi bangunan tinggi cam yg aku buat ni?hehehe...budak2 yg keje high rise aku rasa memang dorang xde masalah..

Ni la rupa lantai rumah kalo korang nak tau..berselirat ngan besi dan juga "conduit" utk elektrical wires..
So sesapa yang minat tengok mende alah ni boleh la aku recommend korang masuk bidang pembinaan ni..perlukan ketahan tinggi you ols...!!

Thursday, January 6, 2011

Earth Trivia

Hi all, today i wanted to share some knowledge and trivia about our planet EARTH..Enjoy your reading!



Jellyfish have been on Earth for over 650 million years, before sharks and dinosaurs.

Sharks have survived on earth for about 400 million years.

There are more than 50,000 earthquakes throughout the world every year.

On Venus, the Sun rises in the west and sets in the east.

The Earth is about 4.5 billion years old.

A space vehicle must move at a rate of at least 7 miles per second to escape Earth's gravitational pull.

All the coal, oil, gas, and wood on Earth would only keep the Sun burning for a few days.

The Amazon rainforest produces more than 20% the world's oxygen supply.

The Dead Sea has been sinking for last several years.

There are more insects in one square mile of rural land than there are human beings on the entire earth.

The Sun contains 99.8 percent of the total mass of the solar system.

The meaning of Siberia is "sleeping land."



The Sun is approximately 149 million kilometers from the earth.

Approximately 70 percent of the Earth is covered with water. Only 1 percent of the water is drinkable.

The world's highest capital is La Paz, which is the capital of Bolivia.

The Pacific Ocean covers 28% of the Earth's surface.

The oceans of the world would rise about 60 meters if Antarctica's ice sheets melted.

Of all known forms of animals life ever to inhabit the Earth, only about 10 percent still exist today.

One Neptune year lasts 165 Earth years.

An earthquake in 1811 caused parts of the Mississippi River to flow backwards.

A galactic year is 250 million Earth-years.

Copper is the second most used metal in the world.

Pigeons and hummingbirds have tiny magnetic particles in their heads that are used for navigation.

The Atlantic Ocean is saltier than the Pacific Ocean.

Of the twenty-five highest mountains on Earth, nineteen are in the Himalayas.

The deepest point on the Earth's surface is in the Pacific Ocean located in the Marianas trench.

Russia is the world's largest country with an area of over 17 million square kilometers.

A neutron star is the strongest magnet in the universe.

A pulsar is a small star made up of densely packed neutrons.

A volcano has enough power to shoot ash as high as 50 km into the atmosphere.

About 27 tons of dust rains down on the earth each day from space.

Finland is also known as "the land of of the thousand lakes".



It is impossible for a solar eclipse to last more than 8 minutes.

If you were standing on Mercury, the Sun would appear 2.5 times larger than it appears from Earth.

The Earth travels through space at 660,000 miles per hour.

Each day the sun causes about one trillion tons of water to evaporate.

If all the salt were to be extracted from the oceans, there would be enough salt to cover all the continents five feet deep.

Aluminum forms one-twelfth of the Earth's crust.

Tuesday, January 4, 2011

Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?

1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang diri, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.

Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.
Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik. Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCD (No Claim Discount).

2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.
Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasan yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.

3. Dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas kejadian
Anda perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan serta Cover Note insuran kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) cawangan trafik di mana kemalangan itu berlaku. Jika anda melaporkan kejadian bukan di IPD kawasan kemalangan, anda perlu berhubung dengan IPD trafik kemalangan bagi mengenalpasti siapakah pegawai penyiasat kes anda.
Ada perlu mendapatkan perkara berikut sebelum berhubung dengan pihak insuran:
a. Salinan laporan anda yang disahkan
b. Salinan laporan pihak ketiga yang disahkan
c. Rajah tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
d. Kunci penanda tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
e. Laporan kes yang disahkan oleh pegawai penyiasat
f. Gambar kenderaan anda yang disahkan

Proses memdapatkan segala dokumen di atas agak merumitkan sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan ie: Hulu Tembeling. Adalah disarankan anda sentiasa menghubungi pegawai penyiasat bagi mengetahui situasi dokumen yang diperlukan tetapi jangan sampai mendesak dan memberitahu apa yang perlu mereka lakukan. Di sini pentingnya diplomasi dan yang penting, anda berjaya mendapatkan apa yang anda perlukan *gelak penoh makna*

4. Prosedur membuat tuntutan
Setelah memperoleh segala dokumen yang diperlukan, anda boleh membawa kenderaan anda di mana-mana bengkel yang boleh membuat tuntutan insuran dan mempunyai kelengkapan membaiki, mengimpal dan mengecat di satu tempat. Jika anda membuat tuntutan atas insuran anda sendiri, maka anda mempunyai tempoh selama 2 tahun untuk berbuat demikian dan 5 tahun sekiranya membabitkan pihak ketiga.

Pihak bengkel akan membuat tuntutan kepada pihak anda dan pihak insuran anda pula akan membuat tuntutan kepada pihak insuran ketiga. Pastikan tidak ada barangan berharga (duit syiling, kad Touch & Go, CD etc) ditinggalkan di dalam kereta anda. Juga jangan sekali-kali tinggalkan Central Lock anda bersama kunci. Tinggalkan hanya kunci kenderaan dalam bentuk manual. Pastikan juga anda bertanya apakah barangan yang perlu diganti dan tandatangani borang perakuan sebelum anda meninggalkan kereta.

Seperti juga dengan pihak polis, anda juga memerlukan diplomasi & hubungan baik dengan pihak bengkel bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Hubungi mereka selalu (tapi jangan kerap!) bagi mengetahui situasi kenderaan anda.

5. Mengambil kenderaan
Pastikan anda memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menandatangani apa-apa dokumen pelepasan. Bertanyalah dengan mekanik sekiranya anda tidak pasti, itu hak anda. Pihak bengkel juga akan menguruskan tuntutan hilang upaya kenderaan sementara (bergantung kepada cc kenderaan anda). Pastikan anda menguji kenderaan anda terlebih dahulu sebelum membawanya pulang
.