Monday, April 4, 2011

Tips untuk bakal pembeli rumah!


Tips membeli rumah:

1. Beli rumah yang 60% siap untuk mengelakkan kes pemaju lari
2. Nilai kawasan jangka panjang bukannya jangka pendek.
3. Nilai rumah mengikut kemampuan semasa bukan kerana nak berlagak atau nak selesa
4. Selalu tengok promosi di akhbar dan lihat perancangan masa depan kawasan yang berhampiran. Mungkin rumah di kawasan yang berhampiran lebih sesuai daripada projek yang dipromosikan.
5. Lihat dan baca mengenai developer rumah dan track record mereka
6. Tahu apa yang anda mahu.Belilah rumah yang sesuai dengan perkembangan saiz keluarga anda.
7. Carik salesman yang bukan kaki auta.
8. Walaupun atap simen dan rata membuatkan rumah anda kelihatan futuristik,atap itu agak kurang sesuai untuk keadaan dan cuaca di Malaysia.


Tips memilih rumah:

1. Pilih rumah yang mengadap matahari terbit supaya cahayanya masuk membawa keberkatan sebelah pagi di pintu hadapan.
2. Kalau rumah tengah (teres) cari yang paling hampir dgn corner lot supaya senang bila kenduri kendara.
3. Kalau rumah teres, cari yang tidak berhadap-hadap. Senang parking kereta seberang jalan. Kalau jenis berhadap-hadap, ramai yang meneropong tingkap bilik yang terbuka.
4. Ada 3 jenis rumah secara general;corner,end dan intermediate lot.Mana satu terbaik?Terpulang kepada anda dan poket anda.Mungkin jika anda suka bercucuk tanam,corner lot lebih sesuai.
5. Untuk mereka yang sensitif mengenai anjing,sila cuba usaha dapatkan lot yang sesuai.

No comments: