Sunday, August 28, 2011

7 Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri


Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

Aurat & Ipar Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

Dosa Bertempoh

Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ’chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Saturday, August 13, 2011

JENAKA: Ringgit Malaysia

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau...

Friday, August 12, 2011

JENAKA: Kisah Pembedahan

 
Gadis : hari ni saye akan menjalani pembedahan jantung .

Jejake : saye tau . I love you !

Gadis : i love you too ! ♥

(bile sedar dari pembedahan gadis tengok jejake takde . Tapi ayah die je ade)
Gadis : mane bf saye ayah ?

Ayah : siti tau tak siape yang dermakan jantung untuk siti ? :(
Gadis : apaaa ? (terus menangis)
T_____T
Ayah : hehe . Takde la . Ayah melawak je . Die pergi tandas ;D
hahahahah....

Thursday, August 11, 2011

Jenaka: Kisah Tok Batin



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu… beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

“OOOO… patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt… .!!”

Wednesday, August 10, 2011

Jenaka: ROTI



Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye”.

“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob.

“Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi.

“Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak.

“Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob.

“Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa…?”.

“Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat”.

“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.

“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya”.

” Jadi awak buat roti apa untuk dia?”, tanya Akob.

“Buat roti…?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke…?!!!”

Monday, August 8, 2011

Keeper Terpantas (Manchester City)

Nak kongsikan pasal kepantasan Joe Hart sebagai keeper Manchester CIty...laju siot..Bole la nak kalahkan Usain Bolt kalo gini..huhuu..

Layan....

P/S: Kalo aku ada skill camni mesti Man City akan beli aku jugak..haha...