Monday, April 26, 2010

Kisah Lawak ..!! (Versi 3)

Ulang tahun Perkahwinan ke 25


Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suaminya menjawab:

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."


Pertama Kali Dibedah


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."


Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa


Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."


Rasa Nak Muntah


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Menantu Hantu


Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Saturday, April 24, 2010

Elektrik terputus: Solat Jumaat dua imam

KOTA KINABALU 23 April - Jika sebelum ini beberapa masjid di Terengganu dan Kelantan melakukan solat berimamkan dua imam disebabkan perbezaan fahaman politik, lain pula di negeri ini.

Solat Jumaat di Masjid Negeri di Jalan Sembulan di sini hari ini berlangsung dengan dua imam kerana bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba pada pukul 12.50 tengah hari ketika khatib membaca khutbah.

Keadaan itu menimbulkan kelam kabut apabila hampir sebahagian besar jemaah di saf depan, di tingkat bawah masjid berkenaan tidak menyedari solat sudah dimulakan.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki tampil mengimamkan solat yang kemudiannya diikuti kira-kira lapan saf jemaah di tingkat bawah.

Pada ketika itu, solat yang dipimpin imam tingkat atas sudah memasuki rakaat kedua.

Apa yang menjadikan keadaan kelam-kabut adalah sebahagian jemaah di saf belakang, di tingkat bawah sudah mengikuti solat yang dipimpin imam di tingkat atas.

Jemaah di saf belakang, tingkat bawah dapat mengikuti solat yang dipimpin imam di tingkat atas kerana pada kedudukan itu, mereka mampu melihat pergerakan jemaah saf belakang, di tingkat atas masjid berkenaan.

Selain itu, mereka juga dapat mendengar suara jemaah di tingkat atas yang bertindak bijak dengan menguatkan suara ketika rukuk, sujud dan iktidal.

Turut menunaikan solat di masjid itu pada hari ini ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah; Mufti Sabah, Datuk Ahmad Alawi Adnan dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali.

Sementara itu, imam di tingkat bawah ketika ditemui berkata, solat Jumaat pada hari ini sah di kedua-dua bahagian kerana disifatkan dalam keadaan darurat.

Dia yang enggan dikenali berharap pada masa akan datang pihak pengurusan masjid harus menyedia pelan kecemasan jika berlaku gangguan bekalan seperti yang terjadi hari ini.

Dalam pada itu, Alawi ketika ditemui, turut menyatakan bahawa solat Jumaat pada hari ini di tingkat atas dan bawah, sah atas alasan yang sama iaitu darurat.

Wednesday, April 21, 2010

Wassap!

Sedar atau x..cam dah lama aku x update blog ni..awal2 dulu kemain lagi..sekali letak sampai 3,4 entry sehari..haha..

Bese la kan..dah sebok ni xde kesempatan lak nak update..pada mereka yg selalu mengunjungi blog aku ni,  mintak maap la yer sbb aku x update..

So ape kisah terbaru aku?hehe..semalam aku cuti 1 day..pegi poli PD..adik aku konvokesyen..beliau ni dah sambung belaja da..sekarang ni ada kat UTP,Tronoh..

Belajo la rajin2 k..dah grad nanti leh jd engineer cam abg dia..kuikui...

So bile dah lama x balik kg ni, cam bes lak dapat blk..tp yg x syok nye kan, bile kite dah ada kat kampung then nak balik KL smula ni yg maleh ni..bukan malas ape..malas nak gi keje..hahaha..

Untuk pengetahuan korang, site aku tengah blackout ni ha..kontraktor x bayar bil..ape daa..x pasal2 la bergelapan dan kepanasan cam dalam oven..huhu..

Tapi sekurang2 nya dapat la pihak management ni merasa susah payah buruh2 yg keje kat tgh panas sepanjang hari tu..lagi sian kot dorang ni kan?


Neway sekarang ni aku ada kat HQ..xdela jauh dpd site..dalam 2km camtu la..dtg semata2 aku nak cas laptop ni..so nanti bile aku balik site..at least leh la guna dlm 2 jam lg..hehe..kalo hari2 la terseksa camni..payah gak la nak buat keje..

Dah panjang lebar aku berceloteh..so see u all again next time keh!

P/S: sian kat buah hati kene keje keras sampai ke malam dan terpaksa ponteng kelas master dia..adess...

Friday, April 16, 2010

Tips penjagaan lampu

KITA tidak harus beranggapan bahawa lampu kereta hanya untuk kegunaan pada waktu malam. Ada ketikanya perjalanan pada siang hari membawa ke sebelah malam. Lampu brek, misalnya digunakan sepanjang masa. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, lampu harus berfungsi.

Lampu kenderaan sama ada depan atau belakang perlu sentiasa berkeadaan baik bagi membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda.

Anda perlu faham dan sedar mengenai pentingnya semua lampu pada kenderaan diuji dan diselenggara dengan baik. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri pada lampu kenderaan dengan memeriksa setiap penutupnya bagi memastikan tidak berlaku keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

Harus diingat, setiap lampu kenderaan adalah berpasangan serta mempunyai penutup yang sama berwarna putih dan kuning. Jika satu daripada lampunya tidak berfungsi, pasangannya turut mengalami masalah.

Selain itu, anda juga perlu memeriksa pemantul cahaya yang biasanya bersalut aluminium bagi mengelakkan ia tidak terguris atau berkarat. Jika ia tercalar, seluruh pemantul perlu diganti kerana boleh menjejaskan kuantiti pancaran.

Anda boleh membersihkan pemantul itu dengan kain bersih, sabun dan air tetapi jangan sekali-kali gunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana ia boleh merosakkan salutan aluminium itu.

Untuk mengesan kerosakan lampu brek, lampu mengundur atau lampu isyarat membelok, anda perlu memeriksa belakang kenderaan dan minta bantuan rakan bagi menghidup enjin, memasang suis lampu atau menekan brek.

Sekiranya lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek anda mengalami kerosakan tetapi jika sebaliknya, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu sorot. Anda boleh juga meminta bantuan mekanik atau pusat servis untuk memeriksa lampu dan brek berkenan. Sekiranya lampu kenderaan berkelip-kelip, anda perlu periksa sistem pendawaian elektrik, kedudukan lampu dan sambungannya kerana kerosakan pada penebat wayar menyebabkan litar pintas.

Jika satu lampu tidak menyala, anda perlu memeriksa lampu dan kedudukan kabelnya kerana kerosakan itu mungkin berpunca lampu rosak, hubungan lampu dan kabel kurang baik atau kabel terputus. Sekiranya kedua-dua lampu tidak menyala, masalah itu mungkin disebabkan fius terputus. Keluarkan fius itu daripada kotak khas dan periksalah keadaannya. Jika fius putus atau rosak, ia perlu diganti tetapi harus sama nilainya dengan yang asal kerana kekuatan fius boleh diketahui melalui tulisan pada bekasnya. Jika ketika itu anda tidak memiliki fius simpanan, gunakan fius dari bahagian lain yang tidak terlalu diperlukan.

Mengesan kerosakan dan membaiki lampu:

1. Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak berfungsi atau fius putus.

2. Sekiranya hanya satu lampu brek berfungsi, ia mungkin berpunca daripada mentol yang terbakar atau hubungan antara lampu dan kedudukannya kurang baik.

3. Untuk memeriksanya, anda perlu membuka penutup bahagian yang tidak menyala dan keluarkan mentolnya. Kemudian periksa mentol berkenaan menggunakan bateri.

4. Sekiranya selepas diuji lampu masih tidak menyala, bermakna mentol terbakar dan ganti dengan yang baru tetapi sekiranya menyala, mungkin ia disebabkan hubungan antara mentol dan kedudukannya tidak sempurna.

5. Jika kedua-dua lampu brek tidak menyala, besar kemungkinan berpunca daripada fius yang terbakar atau kerosakan pada suis penyalaannya.

6. Jika fius terbakar, ganti dengan fius baru atau gunakan fius pada bahagian lain yang kurang diperlukan terlebih dulu tetapi jika suis penyalaannya rosak, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk diperiksa.

Wednesday, April 14, 2010

Kisah Lawak ..!! (Versi 2)

06- Murah
 
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu. 


"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.


"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya


07- Kek Hari Jadi
 
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 


"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." 



08- Kisah Si Pelupa
 
Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.
 

 
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......