So untuk mereka yg geram kat hari Isnin, aku tujukan lagu ni korang ye..layannn~~~
Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Tuesday, September 13, 2011
Lepas Geram!!
Aduhai...arini dah hari selasa eh? Selalu sangat orang update2 status Facebook pasal Monday blues la, ape la..pastu komplen2 xde mood untuk keje..
So untuk mereka yg geram kat hari Isnin, aku tujukan lagu ni korang ye..layannn~~~
P/S: harini Selasa yer...hehehe..
So untuk mereka yg geram kat hari Isnin, aku tujukan lagu ni korang ye..layannn~~~
Saturday, August 13, 2011
JENAKA: Ringgit Malaysia
Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:
RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?
RM50:
Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi
KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko
camner lak?
RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau...
Friday, August 12, 2011
JENAKA: Kisah Pembedahan
Gadis : hari ni saye akan menjalani pembedahan jantung .
Jejake : saye tau . I love you !
Gadis : i love you too ! ♥
(bile sedar dari pembedahan gadis tengok jejake takde . Tapi ayah die je ade)
Gadis : mane bf saye ayah ?
Ayah : siti tau tak siape yang dermakan jantung untuk siti ? :(
Gadis : apaaa ? (terus menangis)
T_____T
Ayah : hehe . Takde la . Ayah melawak je . Die pergi tandas ;D
hahahahah....
Thursday, August 11, 2011
Jenaka: Kisah Tok Batin
Ada
sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh
pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya
ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu
rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut
seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana
menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam
tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat
halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun
menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam
tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut
dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari
tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat
bateri tu… beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak
buahnya.
“OOOO… patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt… .!!”
Wednesday, August 10, 2011
Jenaka: ROTI
Akob
begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba
isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong
ganti yang baru ye”.
“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob.
“Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi.
“Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak.
“Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke
kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita
dah kehabisan gas”, kata isteri Akob.
“Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.
Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk
menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian
Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di
halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi
terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke
dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa…?”.
“Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis
di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di
depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan
segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya
tetapi dengan bersyarat”.
“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.
“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya”.
” Jadi awak buat roti apa untuk dia?”, tanya Akob.
“Buat roti…?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke…?!!!”
Saturday, July 23, 2011
Kisah Bedah dan Bapanya.
Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.
Friday, July 1, 2011
Wanita diraba?
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata,
"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!"
Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Nurul: Ya, saya percaya.
Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free.
Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu...
Monday, June 27, 2011
Teknik mengelak dilanggar Keretapi
Apsal la aku rasa malas gile hari isnin ni..Monday Blues x sudah lagi kot?
After aku berjaya buang masa setangah hari, aku jumpa la 1 video ni..dia ajar teknik nak mengelakkan diri daripada digilis oleh Keretapi..jom layan..
After aku berjaya buang masa setangah hari, aku jumpa la 1 video ni..dia ajar teknik nak mengelakkan diri daripada digilis oleh Keretapi..jom layan..
Thursday, June 23, 2011
Angry Birds via PC
Aku layan game Angry Birds beb sekarang..baru Level 10 dah rasa susah gile..hampeh betol..
Jom tgk video ape asal usul game Angry Birds nih..
P/S: Buat mengisi masa lapang ketika xde keje sangat kat site..hehe
Jom tgk video ape asal usul game Angry Birds nih..
P/S: Buat mengisi masa lapang ketika xde keje sangat kat site..hehe
Wednesday, June 22, 2011
NORA ELENA TV3 menipu?
Aku nak share sikit la pasal movie NORA ELENA yang femes gile kat TV3..dalam banyak2 orang yang menghantui dan always menunggu drama ni ke udara, masih ada insan yang membantah penayangan drama NORA ELENA..
![]() |
| Nora Elena dan Seth Tan |
Berikut adalah surat yg di post ke TV3 (xtau sejauh mana kebenaran nya)..jom kite baca mengapa, kenapa dan bagaimana?zaaassssss.......
Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??
Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”
“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.
Sekian,
“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.
Wednesday, June 8, 2011
Salah beli TGV ticket X-Men!
![]() |
| Igauan ngeri bermula.. |
Hai2..pada sesiapa yang rajin membelek page FB aku semalam, mesti perasan yang waktu petang tu aku post someting..pasal kebangangan diri yg telah tesilap membeli tiket wayang..huhu..
Alkisahnya aku nak tengok X-Men (1st Class)...movie baru tu..biasanya kalo nak tengok movie, aku akan beli on9 je..senang nak cek seat availability..lagipon xyah nak beratur kat kaunter..
So, of course la pilihan pawagam aku samada TGV or GSC..since TGV lagi dekat dengan rumah..ditambah dengan suasana yg lebih sejahtera, dengan bangganya aku memilih TGV Mines sebagai destinasi menonton wayang..yeay..(aku rasa sebulan koman2 ada kot 3 movie aku layan)...
Aku pon bukak la website TGV Online ni ha..pergh..tgh banyak lagi seat kosong..tercabar mak bile tengok harga tike Box Office dijual RM7 sahaja! Tanpa membuang masa yg memang telah banyak terbuang ni, aku pon beli je la 2 tickets..nak tengok ngan Fiancee kot..keh..keh.. jangan jeles yer..
Normally lepas dah beli, depa akan send 1 emel notification yg ada include Booking No..aku pon dengan semangat waja terus je forward emel tu kat buah hati..
Sedang syok2 packing barang nak balik keje (nak kejar movie showtime)...my fiancee gtalk kat aku..dia cakap,apsal beli tiket KIDS??
Lahabau betol..patut la murah tiket TGV ni..aku beli yg KIDS punye..wakaka..so camne nak menonton??
Terpaksalah beli semula tiket yg berharga RM10..tapi berbaloi la bayar mahal untuk movie yg best macam X-MEN ni!
P/S: berhati2 apabila membuat sesuatu..jangan biarkan diri anda dibuai keindahan je..akibatnye, merana diri..
| You spoil my MOOD!huhu.. |
Wednesday, May 4, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Mengapa KFC sangat sedap!
Aku terbaca status FB kawan aku..
beliau baru je menikmati juadah KFC yg dibelanja oleh bos beliau...
menurut beliau, menu tersebut adalah SNAKE plate..hahaha...
sepatutnya snack plate kot??
Saturday, April 23, 2011
Golden Screen Cinema...wait for me!
Arini lepas keje aku nak pegi tengok wayang..ape ntah tajuk movie..
main bedal je..kalo sedap baru aku bagi review..huhu...
ok lah...masanya untuk aku gerak..
kang mis plak movie nye..chaloo!
Wednesday, April 13, 2011
Monday, April 11, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Kisah Mat Rempit
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
Saturday, March 26, 2011
4 Fakta Yang Anda Tidak Tahu
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…
Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya
He He He —> Korang mengaku jer la …!!!
Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….
dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!”
He He He…!!! betul ker??
Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ……Wakakaka…!!!

Monday, March 21, 2011
Kedekut punya Suami!
Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak..
Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara. Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.
'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami
'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.
'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan
Isterinya berlalu dari situ.
'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.
'Jangan nak ngada-ngada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dalam bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
"Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga.
Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'
'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.
Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat"
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"
"Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot tadi sambil tersenyum.
"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buatlah aksi2 acrobatik yang diakui merbahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.
Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dapat RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
"Ehh..??? mana isteri encik..???" tanya pilot tu terkejut.
"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"
"Hahh.... apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran pulak" jawab si suami, sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...
Moralnya: Carilah suami yang mengasihi isterinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)