Selalu basuh kereta, jgn biarkan kotar tu lama sangat pada kereta.kalau kena hujan tunggu enjin sejuk dan basuhlah,kalau biarkan lama sangat nanti cermin and body akan ada kesan bintik2 .
Basuh dan lap kan kering.
6 bulan sekali ( bergantung pada kenderaan ) waxkan kalau nak jimat buat sendiri,ambil masa dalam 2 jam saja.
Maint. lak sentiasa update , ikut jadual . kalau bulan tu patut kena tukar minyak enjin , tukarlah jgn tunggu.kalau ada kerosakan lain terus repair , jgn dibiarkan.
Takut nanti belum sempat repair rosak lama , rosak baru dah sampai alamatnya kita akan rasa kereta ni menyusahkan/membebankkan kita,sentiasa guna alat ganti yang tulin atau yang berkualiti.
Pemanduan , mestilah sentiasa berhemah . Sentiasa ikut peraturan jalan raya , kesannya 90% kita akan selamat atas jalan raya ( tiada kemalangan ) , 10% lagi tu namanya malang , ya lah kekadang tu kita duk elok bawa kereta tetiba je kena hentam dgn orang, semua ni susah nak dijangkakan , nasiblah.
Amalkan hidupkan enjin kurang2 1-3 minit sebelum kita jalan , semua ni nak pastikan enjing kita panas atau bersedia untuk bergerak .
Macam kita juga bangun je tido terus berlari 100 meter, dah tentu semputkan.Tak perlu ribut2, slow and steady. Masuk gear dgn betul , setiap gear ada limitnya , tak perlu tunggu enjin dah menjerit baru nak masuk gear.
Bila berdepan dengan jalan yang tak rata, perlahankan kereta kalau boleh elak lubang,eloklah , tapi jgn sampai menyebabkan kemalangan pula ( pandai2 lah korang ).
Elakkan dari mengekori lori . pasir jln, batu semuanya boleh terbang atas kereta kita, silap hari bulan cermin boleh pecah.Kalau korang tak percaya cuba ikut belakang lori , tutup@ perlahankan radio kereta , pasti menyakitkan telinga korang.
Ni lah tip yang sentiasa aku amalkan dalam menjaga kereta kesayangan aku.
No comments:
Post a Comment