01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.
02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.
03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.
04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.
05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.
06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.
07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.
08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.
09- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.
10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.
11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.
12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.
13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.
14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.
15- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.
16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.
17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.
18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.
19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.
20- Adalkala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.
No comments:
Post a Comment